Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukanyang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding".
Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan; atlitlebih suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
Pengkhususan
Di peringkat sekolah, seseorang munid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompa tan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lan berganti-ganti. Qleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjurnpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi pelbagai acara.
Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan di peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan rnenjadi lebih rumit. Tidak mungkin seorang atiit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah di peringkat antarabangsa sekali pun, dengan hanya mengarnbil bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi, dan mampu dijadikan contoh kepada olahragawan lain di seluruh duma.
Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhafian kepada seüap aspek lathan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang Iebih khusus dan mendalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.
Jenis-jenis Acara balapan
Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak beraba-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.
Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Fäktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh’ pertandingan akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.
Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara tintuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wariita.